Penilaian Kurikulum 2

   Wah..wah...mentang2 da abez PK 2..sume muke epy jer..haha..yg sedeyhnyer biler dpt kputusan pekse,...eei~ yg geramne bile si daus leh pulak dpt mrkh tinggi..padahal tido jek kejenye...bygknlah..89 pulak ue..sej dye un terer gak..ngn geog dye ag..mne x trgmm..budak kuat tido dlm klaz dpt mrkh tinggi dri aq..tiga2 subjek plak ue..=='..Bnyak rupenye hikmah yg Dia nk tunjuk kt kite...Dngo jugak budak2 maahad ni ckp.."ala.. pk 2 je kot..."Bile nk pk 2 taon dpn..pk 2 kali ea sblom nk ckp.."ala..pk 2 je kot.." pengajaran...so.. bak kate ust omar tercinte kite..kptsn ditgn anda...yg x sabonye nk dpt paper arab...haha..yg pleng dedo bile nk dpt paper math..bygknlh...brpe page paper math ue yg aq x jwb...isk3..nk nangis biler trkng..sabo jer larh...dugaan.. TUHAN syg kite..DIA nk wat kite sedo btpe pntgnye pekse ue..
   Ceh...bile choral speaking..."hey.. i get 9As..." ceh.. aq la 2... padahal... x dpt 1 A pon stakat ni.. doa n tawakal jer lah..Astaghfirullahalazim... k la.. capek lorh tgn tulis lama2... Semoge jdik iktibar wat 2 ALIM nk pekse akhir taon nty...
ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

laut merah terbelah


"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]
Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur'an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah.Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian.
Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut.

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Cinta

Cinta ♥


"boleh tak saudara tolong saya?, kenderaan saya pancit ni"
pinta seorang gadis kepada aku...

tanpa memandang wajahnya ,aku terus mencangkung dan melihat keadaan tayarnya yang pancit..

"pancit teruk ni saudari, tayar ini kena hantar ke kedai ni,takpe inshallah saya boleh tolong, " kata aku sambil mengetuk-ngetuk tayar depan kenderaan itu.

"by the way, nama saya Nur Nabilah" katanya memperkenalkan diri..

aku bangun..

" Nama saya .."
" Nama saya Muh.."

wah.. aku terpaku.. aku jadi gagap..
Setelah aku memerhatikan raut wajahnya, aku terpegun..

Subhanallah, lembutnya wajahnya, indahnya matanya..
memang cantik tak tergambar.
aku tersenyap seketika.

Nur Nabilah hanya tersenyum melihat aku tergagap-gagap seolah aku sedang melihat hantu..

"Nama saya muhammad" ucap aku dengan penuh getaran, cuba menyambung ayat yang perkenalan diri yang tak habis tadi..

"oh,. haha. " Nur Nabilah sedikit ketawa..
"Ini nombor saya 014228499. nanti kalau ada apa-apa ke, tayar tu kena tukar baru ke, saudara call la ye" kata Nur Nabilah dengan lembut..

bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal , perasaan teramat gembira ketika itu memang tak dapat digambarkan.. dah la lawa, dia kasi nombor phone lagi..

dalam hati aku menjerit...
"yahoooooooo!!!"
____________________________________________________________________________________

Begitulah detik perkenalan aku dengan si dia..
sejak haritu memang aku sentiasa terbayang pada dia..

Nak buat kerja ,ingat dia..

Nak masak , ingat dia..

Kalau rindu, mesej ataupun call dia...

Pernah satu ketika, sesudah solat ,aku baru perasan yang aku terlalu teringat tentang dia dalam solat sampai aku tak khusyuk langsung dalam solat..


Begitulah Hebatnya penangan cinta..
Semua jadi indah , semua jadi Sempurna.

Seperti kata Orang Tua-tua.
Kalau bercinta, kentut pun jadi wangi.

Bagi aku ketika itu, inilah cinta sejati...

Memang tak ingat dunia.

Maha suci allah menciptakan perasaan cinta ..

Kalau beginilah cinta yang kita maksudkan..

Apakah benar kita cintai allah??

Ya.. memang secara lisan kita boleh mengaku kita cinta allah.
memang kita boleh kata "cinta aku hanya Allah yang satu"

Betul ke?
Ataupun kita hanya menipu diri sendiri...

Jika seorang yang kita cintai,meminta kita untuk membelikan sesuatu atau meminta untuk menolongnya. Adakah kita tolak?
Mustahil...
Mustahil kita tolak.. malah kita akan buat secepat mungkin..
Kerana apa?. kerana kita cintakan dia..

Tapi ,ketika Allah meminta kita solat lima waktu, berbuat baik dan sebagainya..
Adakah kita ikut sepenuhnya.?
Kadang2 kita bagi alasan malas la nak sembahyang.. terlupa ataupun terlajak tidur... takpun kita akan melambat-lambatkan permintaaan Allah..
Adakah ini yang kita katakan kita cinta pada Allah?


Ketika kita mendapat surat cinta dari seorang yang kita cintai.. kita selalu baca dengan penuh perasaan.. kita cium surat itu. dan simpan elok2 .. ada masa terluang sikit, surat itu pun dibuka semula dan dibaca lagi sampai kadang2 kita sendiri hafal ayatnya satu persatu..

Tidakkah kita tahu, sebelum kita lahir lagi.. Pencipta kita telah pun menghantar surat cintanya pada kita kerana sayangnya pada kita..
Surat cinta itu ,Allah hantar kerana Allah tidak mahu kita tersesat dan hilang pedoman..

Surat cinta itu penuh dengan ayat-ayat menasihati kita dengan bahaya dunia..
Adapun surat itu allah turunkan tidak lain dan tidak bukan adalah buat kita..
ummat Muhammad SAW..
Surat cinta itu adalah Al-Quran..
Itulah bukti Sayangnya pencipta kita pada kita..

Mana kita simpan Surat cinta itu? ..
dalam Almari? Atas meja? .
Bilakah kali terakhir kita membacanya?
Bilakah kali terakhir kita memahami apa yang disampaikan ?..
ataupun habuk-habuk kelabu menghiasi dan menyelaputi surat cinta itu?


Jadi..

Adakah layak kita mengaku yang kita benar-benar cintai Allah?




ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Resepi Chocolate Banana Popsicles


Bahan-bahan dan Peralatan
* 3 biji pisang yang tidak terlalu masak
* 150 gram cokelat separa manis
* 150 gram cokelat putih
* 3tsp shortening (vegetable fat)
Sprinkles warna-warni
Sprinkles cokelat
* 6 batang kayu aiskrim
* Kertas minyak (parchment paper)
Measuring spoons
* 2 mangkuk kecil
* 2 sudu
Cutting board
*Resipi untuk 6 batang aiskrim.
Cara-cara
01.Kupas kulit pisang dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik dan letakkannya di dalam freezer peti sejuk sementara anda persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.
02.Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan cokelat separa-manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga cokelat tersebut telah benar-benar cair. Ulangi untuk cokelat putih.
03.Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan cokelat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga cokelat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.
04.Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti anda atau anak anda untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan cokelat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer.
05.Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan cokelat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah-langkah di atas untuk baki pisang yang ada.
Setelah semua pisang telah siap disaluti cokelat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!


ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Hanya Stokin Namun Aku Bersyukur


Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Jauhi Riak


PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.
"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan" 
Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.
Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.
Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.
Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142) 

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

formula kejayaan seorang pelajar


Mari kita bercerita tentang kejayaan. Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.
Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata =)
Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?
"Kejayaan adalah tabiat!
Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.
Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.
Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.
"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses." 
Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA2 SEMUA..


AHA. SYAMIM SUDAH BUATKAN BLOG UNTUK 2 ALIM BALIK..AMACAM? LAWA? APPRECIATE LA YER..NAK KONGSI CERITA...2 ALIM CIPTA REKOD 8A OLEH CIK SITI HAJAR...HEBAT JUGAK..BAYANGKANLAH..2 MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN DA STUDY. HAHA..JADIKAN LAH TELADAN. FUH! 12 JULAI ADA PEPERIKSAAN LAGI..MALAS NAK FIKIR. TAKZIAH BUAT DAUS YER..BUAT HAJAR...TAHNIAH SEKALI LAGI...YANG TAK BERJAYA TU...TERUSKAN LAGI USAHA KORANG....NANTI KITA SAMA2 STUDY 2 MINGGU SEBELUM PEPERIKSAAN YE..:)
ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Tutorial : CARA - CARA NAK BUAT POST DI BLOG (bagi yang tak tahu sahaja)



Assalamu'alaikum w.b.t,

pada hari jumaat yang mulia ini,aku nak share CARA-CARA NAK BUAT POST DI BLOG. Kebanyakan di antara korang kan komplen,tak reti nak post. ok,aku harap lepas ni dah tak ada komplen komplen lagi ye!

bismillahirrahmanirrahim,

ikut cara-cara di bawah step by step! Korang mesti akan lebih faham kalau disediakan gambar,so dengan penuh kerajinan aku sediakan gambar untuk korang yang baru nak belajar ni ok!


1)

maaflah. korang mesti nampak kan! korang scroll smpai ke atas,kalau nk senang,tekan je button kuning yg kat penjuru kanan (bawah). Bila da sampai atas,korang klik NEW POST(tengok anak panah)


2)

ok,bila korang da klik NEW POST,aku pasti benda ni akan keluar punye. dah tau guna? tak lagi? tak pe. seterusnya,

3)

ok. aku terangkan ye!

no.1) tempat korang tulis tajuk (TITLE)
no.2) korang taiplah apa-apa kat situ(apa yang korang nak taip)
no.3) bila dah siap taip,klik PUBLISH POST.

ok,dah faham? kite teruskan ye,bila dah tekan PUBLISH POST,ikut langkah seterusnya:

4)

OK. bila dah tekan PUBLISH POST,ia akan keluar seperti gambar di atas. korang dengan sesuka hati boleh tekan VIEW POST atau VIEW BLOG.
apa perbezaan kedua-duanya? MUDAH SAJA.

VIEW POST: korang akan tengok post yang korang baru buat tu je.
VIEW BLOG: korang akan tengok keseluruhan blog.(kesemua post).
HA...... tu sahaja cara-cara nak post. aku harap korang faham,dan selepas ni,korang akan dapat post bila-bila masa sahaja.

sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada aku (syamim) atau daus. 

korang janganlah segan-segan nak post. TOLONGLAH selalu post ye. kalau tak aku akan tutup blog ni untuk kali kedua.
 

Assalamu'alaikum...... 

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

cemerlang dalam peperiksaan


Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
01.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
02.Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: www.google.com)
03.Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

ORANG SEKARANG SOLAT TAK TINGGAL TAPI JAHIL DALAM SOLAT.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Maybe tajuk aku agak sensitif kan. ok. first first aku nak minta maaf kat korang kalau ada yang terasa atau tersinggung ngan title aku tuh. MAAF YA...! :)

memang title tu agak sensitif. Tapi itulah yang terjadi hari ini. Apa yang jahil? Siapa yang solat tak tinggal tu? OK. Actually aku nak sentuh satu je pasal jahil ni. 

Aku bukan nak bagi ceramah ke....tazkirah ke...aku cuma nak share apa yang selama ni aku nampak, tapi aku tak berani nak tegur sebab....ini agak sensitif & kadang-kadang pun maybe aku pun jahil. maybe aku terlupa atau terabaikan benda nih. setiap manusia kan tak lari daripada melakukan kesalahan. Aku just nak korang ambil perhatian tentang quote kat bawah ni:

aku pun tak sebaik-baik manusia. aku macam manusia lain,yang tak dpt lari daripada buat kesalahan!

selama ni,dah lebih 1,2,3,4,5.....banyak kali lah. apa yang aku nampak? aku selalu nampak,kalau masa solat jemaah,mesti ada banyak ruang kosong antara seseorang dengan orang lain. kalau kecik pun tak boleh,ni kan sebesar gerabak ruangnya.


walau besar mana pangkat kita,kesempurnaan solat jangan diabaikan!

tengok lah orang yang kat atas tuh. Punya lah jahil bab bab solat ni! aku minta maaf kalau korang terasa. aku pun mungkin pernah melakukan kesilapan yang sama.



sepatutnya macam ni lah. baru betul. seorang kawan aku pernah mengingatkan aku semasa di surau sekolah. dia cakap:

masa sembahyang,rapatkan jari kelingking kite dengan orang sebelah! bukan jarakkan! 

ya Allah,aku takut sangat kalau perkara kecil macam ni,aku boleh buat silap.
Astaghfirullahal'azim. 
sebagai manusia,aku memang tak lari daripada buat kesalahan.
dah lebih 3 kali diulang! 

sama-sama lah kite berdoa supaya dijauhi daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil,mahupun dosa besar. sesungguhnya Allah maha pengampun. insyaallah.....

Assalamu'alaikum.......

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

PERSOALAN YANG BERMAIN DI MINDA MANUSIA.

Ada seorang pengemis..
meminta simpati ditepi jalanan..
dipandangnya seorang budak sedang makan di restaurant KFC bersama ibunya.
terdetik dalam hatinya..
"kan best kalo ak jadi budak, tak yah pikir makan. mak bapak belikan semua"

Diwaktu yang sama..
budak yang sedang menjamu selera di restoran kfc itu terpandang seorang lelaki dewasa bermisai nipis di sebelah mejanya.
lantas dia berkata dalam hati
" kan best kalo ak jadi orang dewasa, boleh ada duit sendiri. boleh beli mainan banyak"

kemudian, lelaki dewasa itu keluar dan terus menuju kearah motornya utk kembali bekerja di office. ketika menunggu lampu isyarat. lelaki tersebut terpandang sebuah kereta proton wira disebelahnya dipandu oleh seorang lelaki separuh umur..
lantas dia berfikir..
" kan best kalau aku jadi lelaki tu, ada kereta . tak perlu aku meredah panas dan hujan guna moto kapcai aku ni"

Lelaki dalam kereta pula dalam masa yang sama, masih memikirkan kereta mercedes yang baru dibeli oleh bosnya.. terdetik cemburu dalam hatinya.
"aisshh.. kan best kalau aku jadi orang tua tu(bos), mesti bangga aku bawak kereta merc ak"

Ditempat yang lain, bos lelaki tadi sedang membelek-belek surat khabar.. terbaca olehnya kisah seorang jutawan lantas dia pun berkata..
" owh.. kan best kalau aku jadi jutawan.. harta bertimbun.. hidup pasti senang"

manakala, jutawan dalam surat khabar tadi selalu berkata dalam hatinya
"kan best ak jadi macam bill gates.. billionaire. orang terkaya dunia.. pasti aku hidup masyur dan mewah"..

dan begitulah seterusnya..

itulah sifat manusia
Kita tak pernah puas dengan apa yang ada..
sering mahu mengejar dunia..
sibuk mengejar kekayaan, kemewahan dan kecantikan
tanpa pernah berfikir dan menghargai apa yang kita ada..

perkataan "kan best jadi orang ni" selalu sangat bermain dimulut kita..
seolah-olah kita tidak tahu menghargai apa yang kita ada..

dan ingatlah..
dunia ini ibarat seekor burung yang cantik dan indah..
apabila kita mendekatinya .
ia semakin jauh..
apabila kita cuba mengejarnya..
ia bertambah jauh..
apabila kita cuba menangkapnya..
ia akan terbang lari..

dan ketika kita sibuk mengejarnya.. ketika itu..
kaki kita akan terluka terpijak duri..
kita akan jatuh tergelincir ..
dan pengakhirannya..
kita pasti terjatuh dalam gaung dan mati..

maka ..
curilah masa kita sedikit..
fikirkan apa yang kita ada..
renungkan apa nikmat yang allah dah kasi..

dan hari ini..
kita akan belajar kembali erti sebuah perkataan..

"syukur"


:)



KENAPA PERLU LIHAT KELEBIHAN ORANG LAIN PADAHAL ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK CIPTAAN. ALLAH MENYEDIAKAN KELEBIHAN BERLAINAN ANTARA MASING-MASING,HANYA KITA SAHAJA YANG PERLU MENYEDARINYA.

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA

Pembukaan semula Blog 2 Alim =)

Assalamu'alaikum w.b.t.

credit to: SYAMIM

amacam korang? best tak tengok blog baru ni?
ACT,ni blog lama,selama ni senyap je sebab aku nak edit kasi baru sikit. harap korang semue suka lah. 
function pun baru kot. 

korang rajin-rajin lah share tazkirah ke, 
nak kasi ceramah kat sini pun boleh.

background baru ni macam tak cantik sangat. tapi kalau boleh aku nak buat simple simple je.
kalau complicated sangat takut korang tak boleh handle. takkan aku sorang je conquer blog ni.

sekali-sekala post lah apa-apa. 
info tentang agama ke. 
OK !!!!

aku harap lepas ni blog ni dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kebaikan kite semua di dunia & di akhirat. insyaallah.

wassalam..... 

ANTUM SUDAH BACA? RAJIN-RAJINLAH KOMEN!TERUSKAN MEMBACA